NADIxMAHIR - Kelas Mahir Jahit

15 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2025, Kelas NADIxMAHIR - Mahir Jahit telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Jerijeh. Kelas telah diadakan menggunakan aplikasi Zoom mengikut kelas yang disediakan di portal Mahir Training System (MTS). Pada kelas sesi kedua Mahir Jahit ini, cikgu telah memberi pengenalan mengenai Mahir Jahit dan peserta juga diajar untuk menggunakan Mahir Training System (MTS) untuk mengikuti semua modul-modul yang telah disediakan. Kelas ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang sehingga jam 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali